Pada suatu pagi di satu sekolahmenengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya..
Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas..
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.
yang paling cantik
Friday, February 15, 2008 | Posted by mrHan at 8:41 PM 2 comments
jangan kau berputus asa by spider
Gerbangmu terbuka mencabarku,
Em D-C D Em D-C
Melangkah menurut rasa rindu,
C Bm C Bm
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban,
C Bm C D
Biarpun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan,
Chorus:
G B Em
Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencubanya,
D G B
Selagi mana pencinta terdaya menahanya,
C B
Diakan dicuba,
Em C D G
Sebelum gugur tercalar jiwa parah,
Am C B
Jangan kau gugurkan airmata,
Em C D G
Sebelum putus tali tuhan yang esa,
Am B Em
Jangan kau berputus asa,
Em D-C D Em D-C
Nadamu menangis mengugatku,
Em D-C D Em D-C
Dekati dirimu yang ku rindu,
C Bm C Bm
Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal,
C Bm C
Biarpun nanti kita terpaksa membayar,
D Em D-C D
Harga yang tak setimpal.
Posted by mrHan at 3:59 PM 1 comments
Vrus merah jambu
virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu? Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sukar utk dihilangkan.
Dari berbagai kes yang pernah ditemui,ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman. Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:/ImanCintaIlahi.exe atau file C:/ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga. Bermula pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi.
Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya? Yang mesti dilakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu.
Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. setelah berjaya memasang software, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar komputer hati sentiasa jernih dan tenang..
Monday, February 11, 2008 | Posted by mrHan at 2:02 PM 0 comments
my first blog
heheh, act ni bukan my first blog tp ni r first blog aku (*ps bt2 fhm k).
2008 wah cepat nya ms berlalu..pinjam celik pejam tercelik rupnya msuk feb, huh aku still ngan diri aku msh mhabiskan sisa2 yg ttinggal, tanggung jwb yg patut diselesaikan.
Project2 tak hbs2 ngan project.. alamak tak pandai tulis plak.. laen kali r tulis takde ms ni nak bt project huhuu
Saturday, February 9, 2008 | Posted by mrHan at 11:31 PM 0 comments